Iklan

Iklan

Teme Abdullah, Penulis Misterius dari Malaysia

12/13/18, 20:22 WIB Last Updated 2018-12-13T13:27:03Z


WASATHA.COM - TEME Abdullah salah satu nama yang sering muncul di laman sosial saat ini. Seorang remaja misterius ini walaupun ramai orang tidak tahu raut wajahnya, nama aslinya dan identitasnya masih tersembunyi tetapi ia menjadi buah bibir remaja-remaja millenial di Malaysia sekarang. 

Hal ini karena kisah kehidupan yang sering dikongsi oleh beliau melalui media sosial dan hasil lukisannya. Nama Teme hanyalah sebagai nama samaran yang diberikan oleh rakan beliau ketika di peringkat sekolah.

Siapakah Teme ini? Teme seorang remaja lelaki yang dilahirkan di Selangor, Malaysia dan merupakan seorang siswa yang berjaya menamatkan pengajian di jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di sebuah universitas yang terletak di United Kingdom.

Sebelum bergelar menjadi seorang penulis buku, Teme juga dikenali sebagai Pelukis Jalanan. Beliau sering melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya yaitu Kota London.  Hasil lukisan beliau pernah menjadi topik hangat dari beberapa buah blog dan laman web tempatan mahupun internasional sehingga mendapat liputan ke dalam televisyen dan disiarkan di MHI TV3.

Melalui liputan-liputan ini Teme pernah berkongsi serba sedikit tentang kehidupan bagaimana beliau menjual lukisan-lukisan di London untuk menyara dan menampung kos pengajian ijazahnya di sana.  

Melihat respon baik  followers beliau di Instagram yang mengikuti hasil lukisannya, Teme telah mengambil keputusan untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri. Teme seakan-akan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di kehidupan beliau melalui lukisan-lukisan yang ditayangkan olehnya di media sosial.


Setakat ini, Teme telah berjaya menulis sebanyak empat buah buku yang berjudul Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan dan Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama. Pada tahun 2016, buku pertama yang ditulis oleh beliau adalah Pelukis Jalanan dan ketika itu beliau masih bergelar seorang mahasiswa. Buku lain-lainnya beliau menulis setelah menamatkan ijazahnya.

Sokongan dan dorongan dari pembaca telah membuatkan Teme dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH pada tahun 2017, buku Pelukis Jalanan pula telah diangkat kedalam kategori MPH Best of 2017 dan memenangi emas bagi Anugerah Kulit Buku Cantik 2018.

Buku kedua yang dihasilkan oleh beliau yaitu Arkitek Jalanan telah dinobatkan sebagai Pemenang MPH Best of 2018. Dari buku Arkitek Jalanan ini juga telah menyumbangkan anugerah terbesar kepada beliau sehingga harini dan dinobatkan sebagai  Anugerah Buku Negara 2018.

Walaupun Teme merahsiakan identitasnya, tetapi beliau mengambil keputusan untuk mengadakan sesi Meet & Greet dengan pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa mendorong dan menyokong beliau, dan juga sanggup membaca karyanya walaupun tidak mengenali dirinya.

Baru-baru ini Teme telah melancarkan sebuah planner yang bernama #TPlanner2019 dan planner ini adalah hasil dari lukisan tangan beliau sendiri.  [Nur Faqhirah Haqiah, mahasiswa Malaysia pada Jurusan Komunikasi Penyiaran Islam (KPI) Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Ar-Raniry, Banda Aceh]

Komentar
Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE. #JernihBerkomentar
  • Teme Abdullah, Penulis Misterius dari Malaysia

Terkini

Topik Populer

Iklan