Iklan

Iklan

HARI SAYYIDATINA AISYAH MERIAH DI TERENGGANU, SLOT WIRAWATI GLOBAL SUMUD FLOTILLA TARIK PERHATIAN RAMAI

11/10/25, 23:57 WIB Last Updated 2025-11-10T18:08:06Z

Sambutan Hari Sayyidatina Aisyah – Wanita Inspirasi yang berlangsung pada 12 Oktober 2025 di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiq Billah, Kuala Nerus, menerima kehadiran besar daripada masyarakat setempat, khususnya wanita dan golongan belia. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional dengan kerjasama pelbagai pertubuhan wanita negeri.





Antara pengisian yang paling mendapat perhatian ialah Slot Khas Wirawati Global Sumud Flotilla, yang menampilkan para sukarelawan wanita yang pernah menyertai misi kemanusiaan antarabangsa ke Palestin. Perkongsian pengalaman tersebut memberi inspirasi kepada para peserta mengenai keberanian, ketabahan serta semangat solidariti yang dibawa oleh para relawan.


Selain slot perkongsian, sambutan Hari Sayyidatina Aisyah turut dimeriahkan dengan gerai jualan, pameran, dan pelbagai aktiviti komuniti yang memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan program.


Penganjur menyatakan bahwa sambutan ini bertujuan menonjolkan ketokohan Sayyidatina Aisyah sebagai ikon ilmu dan inspirasi wanita Muslim, di samping memperkukuh penglibatan wanita dalam isu sosial, kemanusiaan dan kebajikan. [Atiyyah Alya Fatnin Binti Mazuki]

Komentar
Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE. #JernihBerkomentar
  • HARI SAYYIDATINA AISYAH MERIAH DI TERENGGANU, SLOT WIRAWATI GLOBAL SUMUD FLOTILLA TARIK PERHATIAN RAMAI

Terkini

Topik Populer

Iklan