Ulama tersohor, Habib Umar bin Hafidz, menghadiri program Mawlid Akbar di Terengganu pada 15 Oktober lalu, dengan kehadiran ribuan jemaah yang memenuhi kawasan majlis sejak awal. Acara itu menjadi antara himpunan terbesar sempena sambutan Maulid tahun ini.
Dalam tausiyahnya, Habib Umar menyeru umat Islam untuk memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah melalui akhlak terpuji, memperbanyakkan selawat dan menghidupkan sunnah dalam kehidupan seharian. Beliau turut menekankan pentingnya menjaga hati, memperbaiki hubungan sesama manusia dan meningkatkan amal ibadah.
Penganjur menyatakan bahawa Mawlid Akbar kali ini mencatat kehadiran luar biasa dengan jemaah dari pelbagai negeri turut hadir. Pihak berkuasa dan sukarelawan mengawal lalu lintas serta keselamatan bagi memastikan kelancaran program. [Atiyyah Alya Fatnin Binti Mazuki]
