Masjid Kristal, Negeri Terengganu - Merupakan simbol keindahan seni bina Islam moden di Malaysia. Keunikan reka bentuknya yang diperbuat daripada kaca, kristal dan kedudukannya di atas air menjadikan masjid ini antara mercu tanda paling menonjol di negeri Terengganu. Selain menjadi tempat beribadah, Masjid Kristal turut menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara. Pada waktu malam, pancaran lampu berwarna-warni yang menyinari struktur masjid menjadikan pemandangannya begitu memukau.
Masjid Kristal siap dibina pada tahun 2008 dan mampu memuatkan lebih 1,500 jemaah pada satu masa. Ia sering menjadi lokasi pilihan pelancong dalam dan luar negara untuk beribadah serta menikmati keindahan seni bina yang unik, terutama ketika waktu malam apabila masjid disinari cahaya berwarna-warni.
 |
Pemandangan siang Masjid Kristal |
 |
Pemandangan di waktu malam |
Berhampiran dengan Masjid Kristal, terletak Taman Tamadun Islam (TTI) satu kompleks pelancongan berkonsepkan pendidikan dan sejarah Islam yang turut menjadi daya tarikan utama di Kuala Terengganu. Di dalam taman ini terdapat lebih daripada 20 replika monumen Islam terkenal dari seluruh dunia, antaranya Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah, Masjid Al-Aqsa di Palestin, Kubah As-Sakhrah, Taj Mahal di India, Menara Kalyan di Uzbekistan, dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Brunei dan lain-lain.
Setiap replika dibina dalam skala kecil tetapi penuh dengan perincian seni bina yang mengagumkan, membolehkan pengunjung “menjelajah dunia Islam” hanya dalam satu tempat. Replika-replika ini bukan sekadar untuk tontonan, tetapi turut disertakan dengan penerangan sejarah, nilai seni bina, serta peranan setiap bangunan dalam perkembangan tamadun Islam. Taman Tamadun Islam ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti trem pelancong, muzium interaktif, kedai cenderamata, serta restoran yang menyajikan makanan tempatan. Gabungan antara Masjid Kristal yang megah dan taman replika ini menjadikan salah satu destinasi pelancongan Islam paling unik dan berinformasi di Malaysia. [Atiyyah Alya Fatnin Binti Mazuki]
 |
Kubah As-Sakhrah di palestin |
 |
Taj Mahal di India |
 |
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Brunei |
 |
Blue Mosque di Turki |
Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE. #JernihBerkomentar