Iklan

Iklan

Breaking News: Dua Mahasiswi Malaysia di Aceh Positif Corona, Saat Ini Dirawat di Melaka

4/19/20, 23:09 WIB Last Updated 2020-04-19T18:29:41Z
FOTO: WASATHA/Abdulllah Hakimi

Laporan: Abdullah Hakimi

WASATHA.COM, KUALA LUMPUR - Dua mahasiswi internasional salah satu kampus di Aceh disahkan positif dijangkit Covid-19 petang tadi di pusat kuarantina Hotel Double Tree, Melaka. 

Hal ini disahkan oleh petugas kesihatan yang mejaga pusat kuarantin tersebut pada jam 11.51 AM MYT Minggu, (19/4/2020).

Gelombang ketiga membawa pulang seramai 139 orang warganegara Malaysia dari pelbagai daerah Aceh, Medan dan Padang dan menaiki pesawat MAS Airlines di Kualanamu, Medan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berucap di dalam sidang media petang tadi mengatakan kerajaan Malaysia berusaha untuk menangani wabah ini secara holistik dan langkah kuarantin bagi pelajar ini adalah wajar, ujarnya lagi.

Dr. Noor Hisham Bin Abdullah juga berkata ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan dengan prosedur yang ditetapkan agar kes antarabangsa tidak menjangkit penduduk tempatan.

“Kerajaan Malaysia mengambil serius akan hal ini kerana kebanyakkan kes-kes yang dilaporkan berasal dari tempat yang mereka datang seperti Aceh dan Magetan. Jadi, kita tak boleh nak biarkan mereka pulang dahulu. Biar kami rawat mereka dan lakukan tugas kami sebaik mungkin” jelasnya.

Beliau tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa pelajar-pelajar yang dibawa pulang turut membawa virus Corona sekaligus menjadi carrier dan berpotensi untuk menjangkiti orang-orang yang terdekat pernah berhubungan dengan pesakit tersebut. 

Selain itu, sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020. 

Kluster ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia. 

Komentar
Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE. #JernihBerkomentar
  • Breaking News: Dua Mahasiswi Malaysia di Aceh Positif Corona, Saat Ini Dirawat di Melaka

Terkini

Topik Populer

Iklan