Iklan

Iklan

Perintah “Kawalan Pergerakkan” Masjid Kosong, Pusat hiburan Ramai

3/22/20, 09:52 WIB Last Updated 2020-03-22T12:37:45Z

WASATHA.COM, BANDA ACEH - Malaysia saat ini menduduki carta no 1 Negara asia tenggara  paling ramai mangsa positif  COVID-19 Pelbagai inisiatif telah di ambil oleh perdana menteri Malaysia yaitu Tan Sri Muhyidin Yassin .Pada hari rabu tanggal 18 Mac, beliau mengumumkan perintah “kawalan pergerakkan” kepada semua warga Malaysia khususnya warga yang baru pulang dari luar Negara . 

Tan Sri Muhyidin Yassin  menerangkan Perintah “kawalan pergerakan” yang dibuat selama 14 hari itu dibuat di bawah Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Undang-Undang Polis 1967, bagi mengelakkan gejala penyakit ini berterusan dan mengurangkan kematian .  

Perintah “kawalan pergerakan” ini menegaskan pertamanya larangan keras  pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.Orang ramai tidak digalakkan menjalankan aktiviti luar seperti hari-hari biasa bahkan Masjid juga ditutup sebagai salah satu langkah berjaga-jaga . Begitu juga dengan solat jumaat ,orang ramai dilarang menunaikan solat  jumaat sebaliknya hanya duduk dirumah dan menjarakkan diri dengan orang ramai .

Seperti yang dikerahkan orang ramai dapat memberi kerjasama  Masjid ditutup dengan tiada bantahan , tiada lagi aktiviti keagamaan seperti kuliah agama , solat jemaah , solat jumaat dan sebagainya . Jika dapat dilihat sekarang semua masjid di Malaysia kosong dan sepi  namun sebaliknya  , masih banyak pusat hiburan yang dipenuhi oleh orang ramai . Jika Masjid boleh dikosong dengan cepat kenapa pusat hiburan tidak ? 

Pusat Hiburan dan keramaian seperti Mall , Pasar malam , Super Market , Family gathering  menjadi pusat dimana ramai orang berkumpul dan disitulah titik bermulanya penyebaran virus ini. Namun Rakyat Malaysia masih menganggap hal ini tidak serius dan masih tidak mengambil langkah berjaga-jaga 

Bukan hanya pusat hiburan kadar individu yang melancong ke luar Negara juga meningkat karena penurunan harga tiket pesawat secara mendadak . Sehingga sekatan keluar Negara dikuatkuasakan oleh Perdana Menteri Malaysi Tan Sri Muhyidin Yassin .

Sehingga hari ini (21 Mac)  telah 3 orang mangsa maut dan sebanyak 1030 positif  COVID-19 ini adalah akibat rakyat Malaysia yang enggan menerima perintah dan hanya mementingkan diri sendiri . Sehinggakan  Polis dan tentera diminta bekerjasama bagi membanteras golongan yang enggan mengikut perintah “kawalan pergerakkan” dan mengurangkan kadar pergerakkan diluar  sehari-hari . Dengan upaya itu dapat memberi amaran keras kepada mereka yang masih mengambil mudah dan tidak serius dalam hal sebegini . 

Dalam kesempatan ini , saya memohon kepada semua warga Malaysia supaya mengikut arahan seperti yang telah dikuatkuasakan elakkan segala aktiviti yang memungkinkan  untuk tersebarnya virus ini , jangan pentingkan diri sendiri masih banyak lagi nyawa yang perlu diselamatkan . Duduklah dirumah luangkan masa bersama keluarga itu adalah yang terbaik. (Ainun Mardhiyah, Mahasiswi Internasional, Komunikasi Penyiaran Islam, Fakultas Dakwah dan Komunikasi). 

Komentar
Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE. #JernihBerkomentar
  • Perintah “Kawalan Pergerakkan” Masjid Kosong, Pusat hiburan Ramai

Terkini

Topik Populer

Iklan