Setiap Negara pasti mempunyai cara yang tersendiri dalam mengatasi pademik penyakit berjangkit yang dihadapi oleh seluruh dunia iaitu covid-19. Saat ini telah banyak Negara-negara yang mempunyai jumlah korban yang ramai dan semakin meningkat per hari. Hal ini, sangat memberi dampak kepada semua pihak dan sektor ekonomi. Jadi apa saja inisiatif oleh pemerintah negara masing – masing bagi menangani krisis ini ?
Jumlah keseluruhan di Malaysia setakat ini mencatatkan seramai 5389 kes positif dan 89 kes kematian. Walau bagaimanapun kes yang sembuh mencatat nilai yang sangat baik iaitu sebanyak 3197. Malaysia saat ini mempunyai rekor terbaik di dunia dalam menangani penyakit berjangkit covid-19 ini.
Kes di Malaysia hari demi hari semakin membaik kerana beberapa inisiatif yang diambil oleh kerajaan dengan kerjasama kementerian kesihatan Malaysia. berikut antara kelebihan dari inisiatif yang diambil:
- Keadaan Pusat Kuarantina
Kerajaan Malaysia menyediakan pusat kuarantina yang baik dan selesa untuk semua individu yang mempunyai gejala dan individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit covid-19. Bagi rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar Negara juga diwajibkan untuk menetap di tempat kuarantin yang disediakan selama 14 hari. Premis hotel bertaraf 5 bintang juga adalah salah satu pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi megelakkan individu menyebarkan virus covid-19 kepada orang lain terutama keluarga.
Pemantauan kesihatan seperti swab test dan rapid test juga dijalankan sebelum di hantar ke pusat kuarantin yang disediakan. Jika dibandingkan pusat kuarantin Malaysia dengan Negara – Negara lain seperti jepun, china dan lain-lain. Malaysia sangat mengutamakan kualiti kebersihan dan keselamatan terhadap pusat kuarantin yang disediakan. Kerajaan juga akan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang enggan mematuhi perintah kuarantin dibawah akta pencegahan penyakit berjangkit sesuai dengan denda yang diwartakan.
2.Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia
Ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisyam adalah individu yang banyak memberi sumbangan dalam menangani pademik penyakit berjangki ini. Beliau yang mempunyai perwatakan yang tenang telah dinobatkan antara 3 doktor terbaik di dunia dalam mengendali krisis covid-19 selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield. Sistem pengurusan yang sistematik dan terkawal juga adalah salah satu cara yang penting dalam menangani pademik penyakit ini. Personaliti yang sangat rendah diri membuatkan rakyat Malaysia sangat menghargai setiap apa yang dilakukan oleh beliau dan menjadi buah mulut orang ramai saat ini.
Beliau mengatakan walaupun kes menurun tetapi pengorbananya belum selesai dan diharapkan orang ramai masih dapat memberi kerjasama dengan pihat atasan. Apa yang beliau inginkan adalah yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Negara Malaysia.
3.Barisan Hadapan Frontliners yang terbaik
Dalam menangani krisis ini barisan hadapan adalah kelompok yang memainkan peran besar dalam mencegah penyakit ini. Pengorbanan yang dilakukan sangatlah besar sehingga terpaksa mengorbankan nyawa sendiri dan masa luang bersama keluarga. Barisan hadapan yang terlibat seperti polis , pembantu perubatan ,askar, badan-badan beruniform seperti jabatan bomba, jabatan pertahanan awam dan rela malah ada juga segelintir individu yang sukarela dalam sama-sama membantu pihak-pihak yang terlibat dalam mencegah Malaysia daripada penyakit ini.
Bukan itu sahaja, layanan yang diberikan juga sangat berpuas hati tanpa mengeluarkan kata-kata keluhan dan sebagainya. Jasa dan tenaga yang mereka sumbang adalah untuk mengembalikan Malaysia sihat seperti sediakala jadi sebagai rakyat dan manusia haruslah kita menghargai mereka dengan tidak menyusahkan dan sama-sama mengikuti perintah yang dikeluarakan oleh kerajaan. #stayhome
Itulah dia antara kelebihan yang terdapat di Malaysia dalam menangani pademik penyakit berjangkit covid-19. Sebagai rakyat dan manusia yang bertanggung jawab marilah sama-sama kita berkerja sama dalam memutuskan rantaian penularan covid-19 ini. Tanggungjawab kita adalah duduk dirumah #stayhome dan hargai jasa mereka yang berjuang untuk Negara kita bersatu kita pasti menang.
(Ainun Mardhiyah bt Ahmad Bukhari
Mahasiswi Internasional UIN Ar-raniry Jurusan Komunikasi dan Penyiaran Islam)