Malaysia Lanjutkan PKP Hingga Dua Pekan Mendatang

Share:
Image : google.com
Laporan : Abdullah Hakimi

WASATHA.COM, BANDA ACEH- Malaysia lanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu mendatang hingga 28 April 2020. Hal ini berkaitan dengan putusan hasil rapat yang diadakan hari ini Jum'at, (10/4/2020).

Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang perutusan khas sebentar tadi berkata, “Berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, dari 15 April hingga 28 April 2020”  ujar beliau.

Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan Covid-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat. Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan setiap negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal.

“Keputusan ini amat sukar namun perlu dibuat juga. Setelah mengambil kira berbagai faktor, ini adalah langkah yang wajar untuk semua pihak”, tanbah beliau lagi. Sementara itu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata institusi pendidikan rendah dan menengah tidak akan dibuka dalam masa terdekat. Manakala, pelajar university, kelas akan berjalan secara online seperti sebelumnya. 

Dalam pada itu, kerajaan masih berusaha untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang terkandas di beberapa negara. Pihak diplomat juga sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan mereka sehingga tiba di Malaysia.

No comments