IBU ialah insan istimewa yang dikurniakan oleh Allah kepada semua makhluk yang
wujud di muka bumi.
Tanpa insan yang bernama ibu tidak akan wujud khalifah
Allah di muka bumi ini. Tidak wajar jika anak-anak mengabaikan tanggungjawab
dan tidak menghormati ibu dengan berkelakuan kasar dan sebagainya .
Dasawarsa ini, ramai anak-anak remaja yang melakukan
perkara yang tidak sopan dan derhaka
terhadap ibu. Hal ini juga telah menjadi
tular (viral) di laman media sosial sehingga menjadi isu yang sensitif
terhadap sesuatu kaum, terutama kaum ibu.
Lihat videonya di sini:
Lihat videonya di sini:
Walaupun telah banyak media massa dan cerita-cerita
tauladan yang menyebarkan tentang padah dan akibat anak derhaka tetapi masih banyak kes-kes yang terjadi .
Baru-baru ini terjadi di Ampang, Malaysia seorang anak
lelaki memukul ibunya kerana ibunya enggan memberi wang. Dalam video yang
berdurasi 43 saat itu si anak memukul ibunya dan mengatakan bahawa ibunya
menyuruh dia berhenti dari bekerja dengan menggunakan kata-kata kesat. Hal ini
kerana si ibu mahu anaknya menumpukan perhatian terhadap pelajaran .
Jelaslah di sini betapa kurangnya penghormatan anak-anak
terhadap ibu. Sedangkan dalam Al-quran ada menyebut “maka janganlah engkau
sesekali mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ahh’ dan janganlah engkau
membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” surah
Al-Israa ayat 23 .
Bagi pendapat saya punca daripada anak-anak derhaka
terhadap ibu bapa tidak semuanya berpunca dari remaja itu sendiri. Ibu bapa
juga harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di rumah melalui
pendidikan tidak formal.
Anak-anak akan
lebih terkesan dengan pendidikan tidak formal dirumah. Oleh hal demikian
ibu bapa haruslah menerapkan pendidikan tidak formal secara positif dirumah dan
lingkunganya. Misalnya, ibu bapa harus menghormati telebih dahulu orang tua
mereka supaya anak-anak dapat mencontohi sikap mahupun nilai-nilai murni yang
ditonjolkan oleh ibu bapak. Seperti pepatah melayu “kemana tidak tumpahnya kuah kalau bukan di nasi’’
Ibu bapak juga
harus memantau pergaulan anak-anak, jangan membiarkan anak-anak terlibat dalam
pergaulan yang negatif dan salah memilih rakan. Hal ini kerana, pengaruh rakan
sebaya amat memberikan impak yang sangat mendalam bagi anak-anak yang meningkat
remaja . Sehinggakan ramai anak-anak remaja yang yang terlibat dalam kes kekerasan terhadap ibu bapa berpunca daripada hasutan rakan yang negatif.Ibu
bapa juga tidak boleh mngabaikan anak-anak dengan tidak mengambil peduli terhadap
aktiviti harian mereka.
Hal ini kerana, jiwa remaja mudah memberontak dan
merasakan diri mereka tidak disayangi dan dihargai, oleh sebab itu jugalah
sikap anak-anak remaja sewenang-wenangnya terhadap ibu bapak
Anak-anak yang kebiasaanya tidak menghormati dan menghargai
ibu adalah kebanyakan dalam kalangan remaja. Mungkin saja mereka tidak
menghargai ibu kerana kurang didikan agama daripada ibu bapak.
Ibu bapak yang sibuk melakukan pekerjaan hingga terlupa
untuk memberi didikan agama yang sempurna
kepada anak-anak.
Oleh sebab itu anak-anak tidak dapat mengamalkan nilai
keagamaan yang diterapkan oleh ibu bapak. Justeru itu terlihatlah bahawa betapa
penting peranan ibu bapa sebagai “Role model “ kepada anak-anak.
Menghargai ibu adalah perkara yang perlu dititikanberatkan,
terbukti didalam hadis dari Mu’awiyah
bin Haidah Al-Qusyairi bertanya kepada Rasulullah SAW “ Wahai Rasulullah, siapa
yang berhak aku perlakukan dengan baik ? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi
? Nabi menjawab : Ibumu . Lalu siapa lagi?Nabi menjawab :Ayahmu , lalu yang
lebih dekat setelahnya dan setelahnya ( HR .Al Bukhari )
Jelaslah disini bahawa peranan ibu bapak dalam mendidik
anak-anak supaya memiliki sikap yang sopan dan akur terhadap orang tua terutama
kepada ibu amatlah penting, kerana ibu telah banyak bekorban dan bertarung
nyawa demi melahirkan seorang khalifah
dimuka bumi ini.
Horrmatilah ibu kerana ada hadis yang diriwayatkan dari
A’bdullah bin ‘Umar yang berkata redha Allah terletak pada keredhaan seorang
Ibu dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan seorang ibu.
Hargailah mereka selagi masih bernyawa di muka bumi ini.
Jangan biarkan setitis air mata kesedihan mengalirkan di pipi ibu. Kerana tidak
akan bau syurga sesorang jika mengalirkan air mata kesedihan seorang Ibu. [Ainun Mardhiyah, adalah mahasiswi Malaysia pada Jurusan Komunikasi Penyiaran Islam (KPI) Fak. Dakwah dan Komunikasi UIN Ar-Raniry, Banda Aceh]