Iklan

Iklan

Israel Bakal Laksanakan Hukuman Mati Terhadap Tahanan Palestin

11/08/25, 19:08 WIB Last Updated 2025-11-08T12:08:56Z

Baitulmaqdis – Parlimen Israel kini sedang membahaskan rang undang-undang baharu yang akan membolehkan pelaksanaan hukuman mati mandatori terhadap tahanan Palestin yang dituduh terlibat dalam pembunuhan warga Israel atau aktiviti yang dilabel sebagai “terorisme.”



Cadangan undang-undang ini bersifat wajib tanpa memberikan ruang bagi pengurangan hukuman atau pertimbangan alternatif. Langkah tersebut menimbulkan kontroversi besar kerana dikhuatiri akan digunakan secara tidak adil terhadap tahanan Palestin, sekali gus mempertingkatkan tekanan terhadap rakyat di wilayah bergolak itu.


Pelbagai organisasi hak asasi antarabangsa mengecam langkah ini kerana dianggap melanggar prinsip keadilan sejagat. Mereka menegaskan bahawa undang-undang tersebut bersifat berat sebelah, memandangkan peraturan yang sama tidak dikenakan terhadap warga Israel yang melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.


Dalam konteks konflik yang masih berlarutan, undang-undang ini dilihat sebagai alat kawalan politik Israel yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan kuasa dan memperburuk keadaan tahanan Palestin di penjara-penjara Israel. [Nurul Fadilah Binti Junaidi]

Komentar
Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE. #JernihBerkomentar
  • Israel Bakal Laksanakan Hukuman Mati Terhadap Tahanan Palestin

Terkini

Topik Populer

Iklan