Iklan

Iklan

Wakil Rektor III UIN Ar-Raniry, Prof. Mursyid Djawas bertukar cenderamata dengan Tuan Sabri bin Mad Daud, Pengurus SMD Bancerous dan mantan Penolong Pengarah Pembangunan YIK.

10/20/25, 16:51 WIB Last Updated 2025-10-20T09:51:21Z


 Banda Aceh, 20 Oktober 2025 — Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah mengadakan lawatan rasmi ke Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Banda Aceh dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi pendidikan Islam Malaysia dan Indonesia.

Lawatan ini disambut mesra oleh Wakil Rektor III UIN Ar-Raniry, Prof. Mursyid Djawas, yang turut hadir bersama beberapa pegawai kanan universiti. Pihak YIK pula diketuai oleh Tuan Sabri bin Mad Daud, Pengurus SMD Bancerous dan mantan Penolong Pengarah Pembangunan YIK.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak berbincang mengenai potensi kerjasama dalam bidang pendidikan Islam, pembangunan institusi, serta peluang pertukaran akademik antara kedua-dua negara. Sesi lawatan turut diserikan dengan pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan simbol hubungan baik antara YIK dan UIN Ar-Raniry.

Prof. Mursyid Djawas dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada rombongan YIK atas kunjungan tersebut dan berharap agar hubungan ini dapat diteruskan melalui pelbagai bentuk kolaborasi akademik.

Sementara itu, Tuan Sabri bin Mad Daud menzahirkan rasa terima kasih atas sambutan mesra daripada pihak universiti dan menegaskan komitmen YIK untuk memperkukuh hubungan pendidikan Islam serantau, khususnya antara Malaysia dan Indonesia.

Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama sebagai kenangan dan simbolik persahabatan antara dua institusi Islam yang berpengaruh di rantau Asia Tenggara ini.(Syameel Nor Aiman) 

Komentar
Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE. #JernihBerkomentar
  • Wakil Rektor III UIN Ar-Raniry, Prof. Mursyid Djawas bertukar cenderamata dengan Tuan Sabri bin Mad Daud, Pengurus SMD Bancerous dan mantan Penolong Pengarah Pembangunan YIK.

Terkini

Topik Populer

Iklan