Iklan

Iklan

PERARAKAN BOT DI KUALA TERENGGANU TANDA SOLIDARITI UNTUK PALESTIN

10/20/25, 15:24 WIB Last Updated 2025-10-20T08:24:26Z

KUALA TERENGGANU, 10 Okt 2025 – Sekitar 300 buah bot memenuhi perairan Sungai Terengganu berhampiran Jambatan Angkat sempena program Himpunan Taufan Al-Aqsa, sebagai tanda solidariti rakyat Terengganu terhadap perjuangan rakyat Palestin.






Program anjuran bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat itu menyaksikan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk nelayan, belia, serta keluarga mengambil bahagian dalam perarakan bot sambil mengibarkan bendera Palestin dan jalur gemilang.


Acara bermula sekitar jam 3 petang, dengan bot-bot berarak di sepanjang muara sungai menuju ke kawasan Jambatan Angkat, mencipta suasana penuh semangat dan simbolik terhadap sokongan berterusan rakyat Malaysia kepada Palestin.


Himpunan itu juga diadakan bagi meraikan kepulangan wira kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sebelum ini terlibat dalam misi kemanusiaan.


Kerajaan Negeri Terengganu turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif ini yang dianggap sebagai manifestasi semangat perpaduan ummah dan keprihatinan rakyat terhadap isu kemanusiaan global.




Suasana di sekitar kawasan Jambatan Angkat turut meriah dengan kehadiran orang ramai yang berdiri di tebing sungai sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan “Free Palestine!”

Program Himpunan Taufan Al-Aqsa merupakan salah satu daripada beberapa aktiviti solidariti untuk Palestin yang diadakan di Terengganu sepanjang bulan Oktober ini, dengan matlamat meningkatkan kesedaran serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat. [Atiyyah Alya Fatnin Binti Mazuki]

Komentar
Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE. #JernihBerkomentar
  • PERARAKAN BOT DI KUALA TERENGGANU TANDA SOLIDARITI UNTUK PALESTIN

Terkini

Topik Populer

Iklan