Puluhan Mahasiswa Malaysia di Aceh Dipulangkan

Share:
Image : Abdullah Hakimi


WASATHA.COM, BANDA ACEH- Seramai 68 orang mahasiswa Malaysia yang kuliah di UIN Ar-Raniry Banda Aceh akan dibawa pulang ke negaranya oleh pihak kerajaan Malaysia. Proses membawa pulang dijangka memakan masa satu minggu bermula dengan gelombang pertama pada hari ini Rabu, (2/4/2020).

Mahasiswa yang dibawa pulang akan menaiki kapal terbang Citilink ke Medan kemudian akan diterbangkan dengan Mas Airline ke KLIA pada sebelah petang hari ini (2/4). Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh, menjadi orang tengah dalam urusan melancarkan pergerakan pemulangan mereka ke negaranya. 

Disusuli dengan beberapa lagi gelombang seterusnya yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa. "Wisma Putra sedang mengusahakan untuk mendapatkan RM19 juta untuk bawa keluar mereka yang terkandas " ujar YB Dato' Kamaruddin Jaafar, Timbalan Menteri Luar Negeri. 

Pihak kerajaan Malaysia mengutamakan membawa pulang mahasiswanya yang berada di zon merah (kondisi darurat). Ini bagi memastikan keselamatan mereka terjamin serta mendapat perawatan kesihatan terbaik.

"Sekarang ni, kita dah usaha yang terbaik dan sekarang waktunya untuk berdoa agar kita semua selamat sampai ke Malaysia" ujar Yang Di-Pertua PKPMI Aceh Sesi 2020/2021.

Kedutaan Malaysia juga sedang bertungkus-lumus berbincang dengan berbagai pihak untuk memudahkan membawa pulang mahasiswnya yang ada di berbagai daerah seperti Jakarta, Surabaya, Malang, Sumatera Utara, Medan, Malang, dan Ponorogo.

No comments