Karamah Seorang Ibu [Respons Atas Video Anak Memukul Ibu di Malaysia]

Share:


IBU ialah insan istimewa yang dikurniakan oleh Allah kepada semua makhluk yang wujud di muka bumi. 

Tanpa insan yang bernama ibu tidak akan wujud khalifah Allah di muka bumi ini. Tidak wajar jika anak-anak mengabaikan tanggungjawab dan tidak menghormati ibu dengan berkelakuan kasar dan sebagainya .

Dasawarsa ini, ramai anak-anak remaja yang melakukan perkara yang tidak sopan dan  derhaka terhadap ibu. Hal ini juga telah menjadi  tular (viral) di laman media sosial sehingga menjadi isu yang sensitif terhadap sesuatu kaum, terutama kaum ibu.

Lihat videonya di sini: 


Walaupun telah banyak media massa dan cerita-cerita tauladan yang menyebarkan tentang padah dan akibat anak derhaka  tetapi masih banyak kes-kes yang terjadi .

Baru-baru ini terjadi di Ampang, Malaysia seorang anak lelaki memukul ibunya kerana ibunya enggan memberi wang. Dalam video yang berdurasi 43 saat itu si anak memukul ibunya dan mengatakan bahawa ibunya menyuruh dia berhenti dari bekerja dengan menggunakan kata-kata kesat. Hal ini kerana si ibu mahu anaknya menumpukan perhatian terhadap pelajaran . 

Jelaslah di sini betapa kurangnya penghormatan anak-anak terhadap ibu. Sedangkan dalam Al-quran ada menyebut “maka janganlah engkau sesekali mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ahh’ dan janganlah engkau membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” surah Al-Israa ayat 23 .  

Bagi pendapat saya punca daripada anak-anak derhaka terhadap ibu bapa tidak semuanya berpunca dari remaja itu sendiri. Ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di rumah melalui pendidikan tidak formal.

Anak-anak akan  lebih terkesan dengan pendidikan tidak formal dirumah. Oleh hal demikian ibu bapa haruslah menerapkan pendidikan tidak formal secara positif dirumah dan lingkunganya. Misalnya, ibu bapa harus menghormati telebih dahulu orang tua mereka supaya anak-anak dapat mencontohi sikap mahupun nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh ibu bapak. Seperti pepatah melayu “kemana tidak tumpahnya kuah kalau bukan di nasi’’

Ibu bapak juga harus memantau pergaulan anak-anak, jangan membiarkan anak-anak terlibat dalam pergaulan yang negatif dan salah memilih rakan. Hal ini kerana, pengaruh rakan sebaya amat memberikan impak yang sangat mendalam bagi anak-anak yang meningkat remaja . Sehinggakan ramai anak-anak remaja yang  yang terlibat dalam  kes kekerasan terhadap ibu bapa  berpunca daripada hasutan rakan yang negatif.Ibu bapa juga tidak boleh mngabaikan anak-anak dengan tidak mengambil peduli terhadap aktiviti harian mereka.

Hal ini kerana, jiwa remaja mudah memberontak dan merasakan diri mereka tidak disayangi dan dihargai, oleh sebab itu jugalah sikap anak-anak remaja sewenang-wenangnya terhadap ibu bapak 

Anak-anak yang kebiasaanya tidak menghormati dan menghargai ibu adalah kebanyakan dalam kalangan remaja. Mungkin saja mereka tidak menghargai ibu kerana kurang didikan agama daripada ibu bapak.

Ibu bapak yang sibuk melakukan pekerjaan hingga terlupa untuk memberi didikan agama yang sempurna  kepada anak-anak. 

Oleh sebab itu anak-anak tidak dapat mengamalkan nilai keagamaan yang diterapkan oleh ibu bapak. Justeru itu terlihatlah bahawa betapa penting peranan ibu bapa sebagai “Role model “ kepada anak-anak.

Menghargai ibu adalah perkara yang perlu dititikanberatkan, terbukti didalam hadis  dari Mu’awiyah bin Haidah Al-Qusyairi bertanya kepada Rasulullah SAW “ Wahai Rasulullah, siapa yang berhak aku perlakukan dengan baik ? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi ? Nabi menjawab : Ibumu . Lalu siapa lagi?Nabi menjawab :Ayahmu , lalu yang lebih dekat setelahnya dan setelahnya ( HR .Al Bukhari )

Jelaslah disini bahawa peranan ibu bapak dalam mendidik anak-anak supaya memiliki sikap yang sopan dan akur terhadap orang tua terutama kepada ibu amatlah penting, kerana ibu telah banyak bekorban dan bertarung nyawa demi melahirkan seorang  khalifah dimuka bumi ini.

Horrmatilah ibu kerana ada hadis yang diriwayatkan dari A’bdullah bin ‘Umar yang berkata   redha Allah terletak pada keredhaan seorang Ibu dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan seorang ibu.

Hargailah mereka selagi masih bernyawa di muka bumi ini. Jangan biarkan setitis air mata kesedihan mengalirkan di pipi ibu. Kerana tidak akan bau syurga sesorang jika mengalirkan air mata kesedihan seorang Ibu. [Ainun Mardhiyah, adalah mahasiswi Malaysia pada Jurusan Komunikasi Penyiaran Islam (KPI) Fak. Dakwah dan Komunikasi UIN Ar-Raniry, Banda Aceh]